Biodata Blogger

Mula blogging sejak Ogos 2014.
Asal Kuala Lumpur.
Blog gaya hidup seharian yang santai.

FOLLOW BLOGGER

          

HUBUNGI BLOGGER

EVENT | REVIEW | GIFT

Tel: +6018-2043980
Email: abnormallight@gmail.com
Instagram: @ayunirafilah

HUBUNGI BLOGGER

Membongkar Rahsia Di Sebalik Bungkusan Misteri


Selanjutnya dari kisah Ayuni menerima sebuah bungkusan misteri kelmarin. Bungkusan misteri tersebut telah tiba ke rumah Ayuni untuk diperiksa dengan teliti. Setelah pemeriksaan menyeluruh dijalankan, hasil siasatan mendapati bungkusan itu mengandungi bahan-bahan berikut:

Sebungkus makanan kucing jenama Smartheart yang besar dan sekeping kad ucapan yang comel.

Rupa-rupanya Asma dari Asma Felt Box telah menghantar makanan kucing untuk kucing-kucing Ayuni! Yay!


Untuk pengetahuan semua, Asma merupakan blogger yang selalu singgah dan komen di blog Ayuni. Dia seorang penggiat kraftangan felt yang sungguh berbakat, dan anda boleh mengunjungi blognya Asma Felt Box untuk menempah hasil kerjanya serta barangan berkaitan projek felt di SINI.

Isi kandungan kad ucapan istimewa dari Asma. 

Cantik kan kad yang Asma buat ini? Orangnya sangat berseni, kucing felt yang dia cantum ini pun kelihatan amat comel dan seakan-akan hidup.

Ayuni tertarik melihat kucing felt ini yang 
memiliki ekor kontot seperti ekor Siren.

Western yang kedekut dan tidak suka berkongsi makanan dengan kucing lain, segera mengepung bungkusan makanan kucing untuk dirinya sendiri. Ini menyebabkan Siren dan Carpet tidak puas hati dengan tindakan Western...

  

Rakaman saat-saat Siren, Western dan Carpet menerima bungkusan makanan kucing mereka...


Bila ada orang belanja makan, kena cakap apa Siren?

4 comments:

  1. Seronoknya mereka bila dapat makanan yer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka bertiga ini memang pantang nampak makanan. Yang lain-lain pandai cari makan sendiri.

      Delete
  2. hahhahaa muka seronok ye dapat makan.... ceyyyceyyyceyyyy debik kang ! gerammm tengok muka tu

    ReplyDelete
  3. Sama2 siren. I love u too bebeh.
    Seronoknye tgk kucing ayuni ni. Diharap dorg suka makanan tu.. dan kad tu simpan la utk kenang2an dr saya.. ^^

    *Nak makan mesti ada pinggan* tu lawak la. Hoho..

    ReplyDelete