Biodata Blogger

Mula blogging sejak Ogos 2014.
Asal Kuala Lumpur.
Blog gaya hidup seharian yang santai.

FOLLOW BLOGGER

          

HUBUNGI BLOGGER

EVENT | REVIEW | GIFT

Tel: +6018-2043980
Email: abnormallight@gmail.com
Instagram: @ayunirafilah

HUBUNGI BLOGGER

Segmen: Zaman Persekolahan



Cik Balqis sedang menganjurkan segmen keduanya yang bertajuk "Segmen: Zaman Persekolahan", di mana peserta harus memilih watak pelajar yang memiliki persamaan dengan diri peserta dalam gambar di bawah dan ceritakan serba sedikit tentang diri peserta berkaitan watak yang dipilih. 

Segmen ini berlangsung selama sebulan iaitu dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2014. Pemenang akan diumumkan pada bulan Januari 2015. Klik SINI untuk SYARAT-SYARAT PENYERTAAN serta melihat hadiah yang ditawarkan.

Ayuni pun salah seorang sponsor segmen Cik Balqis ini. Jangan lupa untuk follow blog Ayuni dan masukkan blog Ayuni dalam bloglist anda ya!

Cik Balqis kata selain blogger para sponsor pun boleh turut serta mengambil bahagian dalam segmen ini, jadi Ayuni ingin menulis entri tentang zaman persekolahan untuk memeriahkan lagi segmen Cik Balqis.

Watak pelajar manakah yang memiliki banyak persamaan dengan Ayuni semasa zaman persekolahan?


NO. 7

Ayuni rasa watak pelajar yang ada persamaan dengan Ayuni ialah watak pelajar bernombor 7. Cara matanya memandang ke atas dengan rupa yang seolah-seolah sedang berangan tanpa menghiraukan gelagat rakan-rakan sekelasnya yang lain banyak mengingatkan diri Ayuni sendiri semasa berada di bangku sekolah. 

Rupa watak ini yang agak serabai dan memakai maskara juga seperti Ayuni pada masa dahulu yang selalu mengenakan fesyen gaya "visual kei" ke sekolah - rambut diletak gel rambut sekuat simen, wajah disapu dengan bedak asas tebal, mata dilukis celak, tangan dipakai gelang diperbuat daripada kulit, jaket atau vest di luar uniform sekolah dan poket diisi dengan jam rantai antik seperti yang dimiliki oleh Arnab Putih dalam kisah Alice in Wonderland. Akibatnya Ayuni sering didenda kerana tidak mematuhi etika pakaian di sekolah dan memperoleh gelaran "Opera Cina" kerana memakai bedak asas sehingga wajah nampak putih dan licin seperti wajah patung.

Satu lagi persamaan yang dapat Ayuni lihat pada watak nombor 7 ini ialah sikapnya yang suka berangan. Ayuni sedar bahawa semasa di bangku sekolah, Ayuni tidak mampu mengawal fikiran Ayuni daripada melayang jauh sepanjang masa cikgu mengajar di hadapan. Terutamanya jika cikgu itu seorang yang mengajar bulat-bulat ikut buku dan tidak cuba memberikan pelajar peluang untuk berkongsi buah fikiran. Ini adalah corak pengajaran seorang cikgu yang membosankan.

Setiap kali cikgu yang membosankan membelakangkan badannya untuk menulis sesuatu yang tidak difahami di papan, Ayuni akan mula melihat pintu almari di penjuru kelas terbuka dengan sendirinya di mana beberapa ekor burung dengan bulu yang pelbagai warna meluru keluar dari almari. Burung-burung tersebut terbang berpusing-pusing di atas kepala cikgu yang tidak menyedari langsung kehadiran mereka.

Apabila kapur dalam genggaman cikgu selesai mentitik noktah di atas huruf "i", cikgu tiba-tiba terbatuk dan bayang-bayangnya yang kelihatan jelas di atas lantai mula naik bosan. Ia menarik dirinya sendiri daripada kaki cikgu dan cuba memanjat ke atas meja. Batuk cikgu tidak reda lagi. Sebaik sahaja ia berjaya tiba di atas permukaan meja, bayang-bayang memberi tunduk hormat kepada semua pelajar di kelas lalu menari mengikut rentak batuk yang dikeluarkan oleh cikgu. 

Ayuni memandang ke arah rakan-rakan di kelas dan dapat melihat rambut Fifi yang gedik sedang dikunyah oleh salah seekor rusa milik Santa Claus (ya, yang berhidung merah itu); Siew Tong memandang dengan hairan ke arah siling yang sedang dimamah lubang cacing sehingga menampakkan bintang-bintang dan planet di angkasa; Tirupathy mengubah tocang rambutnya menjadi sebuah sitar sakti yang memanggil burung-burung pelbagai warna tadi ke arahnya; manakala Aman dan Hafiz beradu pedang pembaris di atas sebuah kapal dibina daripada meja-meja kelas yang membawa mereka belayar ke matahari. Orang-orang dalam beberapa lukisan pelajar yang dipamer di belakang kelas memberi salam kepada sesama sendiri sambil menjalankan kegiatan seharian masing-masing tanpa mengendahkan tangisan salah seorang anak jiran kerana bola yang disepaknya telah terkeluar lalu terkena buku teks di hadapan Zuriman yang duduk di sudut berhampiran.

Bayang-bayang masih menari ikut rentak bunyi batuk cikgu di hadapan kelas. Sementara itu, seekor beruang muncul keluar daripada almari dan menghampiri bayang-bayang tersebut lalu membaham kepalanya. Walaupun ia tiada lagi memiliki kepala, bayang-bayang cikgu tetap menari sehingga ia tersilap langkah lalu tersungkur jatuh ke bawah meja. Kedengaran suara gelak ketawa rakan-rakan sekelas di sekeliling dan apabila Ayuni menyedari bahawa mereka sedang mentertawakan Zuriman yang tidak dapat menjawab soalan cikgu dengan betul, kehidupan di zaman persekolahan kembali menjadi suram dan membosankan.

Bagaimanakah kisah zaman persekolahan anda pula? Kongsikanlah link kepada entri kisah zaman persekolahan anda bersama Ayuni dalam kotak komen di bawah.

9 comments:

  1. ooo suka berangan rupanyer. hehehe

    ReplyDelete
  2. seronok mengimbau zaman sekolah...

    ReplyDelete
  3. Zaman sekolah menengah mmg best. Duduk asrama so mmg close sgt dgn kawan2

    ReplyDelete
  4. Hehe. Best berangan waktu sekolah dulu kan..

    ReplyDelete
  5. berangan tu lumrah. kikikiki. mai singgah sini jom :D


    http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  6. heheehhe...sy pon kuat berangan

    http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  7. hyee cik belbel datang, terima kasih join segmen cik balqis
    http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  8. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete