Segmen/Contest/GA

Contest: Merdeka Speed Quiz!



Sempena sambutan ulangtahun Hari Kemerdekaan ke-58 pada tahun ini serta bagi meraikan ulangtahun pertama blog Ayuni, Ayuni ingin menganjurkan kuiz bertemakan semangat patriotisme khas untuk kawan-kawan blogger yang berwarganegara Malaysia.

Merdeka Speed Quiz! dianjurkan bagi menggalakkan pengetahuan tentang bulan kemerdekaan di kalangan blogger dengan pantas dan tepat. Contest ini berlangsung selama EMPAT (4) hari sahaja iaitu dari Jumaat 21- Isnin 24 Ogos 2015 (jam 8 malam).

Pengumuman pemenang akan diumumkan pada Isnin 24 Ogos 2015 jam 10 malam dan hadiah akan dihantar dengan poslaju pada Selasa 25 Ogos 2015. Semuanya berkaitan dengan speed (kepantasan).

DUA (2) orang pertama yang berjaya menjawab kesemua soalan kuiz dengan betul dan lengkap mengikut syarat akan memenangi hadiah-hadiah berikut:

Bendera Malaysia (gantung)
90 cm x 180 cm

Bendera Malaysia (tangan)

Botol air kaca tentera British (300 ml)

SYARAT-SYARAT:

1. Follow blog Ayuni.
2. Letakkan banner di atas dan backlink kepada entri ini.
3. Tinggalkan jawapan dan URL blog anda dalam ruang komen entri ini.
4. Jawab 5 soalan ringkas berikut:
  1. Berapa lamakah sejak negara kita peroleh kemerdekaan?
  2. Pada tahun berapakah Gagasan Malaysia dibentuk?
  3. Apakah nama Suruhanjaya yang ditugaskan untuk menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
  4. Berapa kalikah perkataan MERDEKA dilaungkan pada 31 Ogos 1957?
  5. Dimanakah Tunku Abdul Rahman pertama sekali isytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu?
Jawapan peserta dalam ruang komen akan disimpan sehingga tarikh pengumuman pemenang pada detik jam 10 malam hari Isnin 24 Ogos 2015.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

    Tentang YunFila

    YunFila.com ialah blog milik Ayuni Rafilah, seorang blogger dari Malaysia. Blog ini meliputi pelbagai topik, dari fesyen dan gaya hidup hingga kembara dan teknologi. Ia juga mengandungi ulasan, artikel, dan pengalaman peribadi daripada Ayuni serta penyumbang lain.

    0 Komen:

    Post a Comment

    Recent Posts

    KOMEN TERBARU

    Facebook Page

    PENAFIAN: Seluruh penulisan yang dikongsi melalui blog ini merupakan penyampaian peribadi milik penulis yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat bertulis dalam blog ini merupakan pendapat peribadi semata-mata dan tidak mewakili mana-mana pertubuhan, syarikat, jenama dan parti politik.

    Powered by Blogger.